Bantuan:Penterjemahan

From Wikispecies
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of the page Help:Translation and the translation is 100% complete.

Sila ambil perhatian bahawa kami cuba memastikan Wikispesies menggunakan bahasa seneutral yang boleh. Walau bagaimanapun, terdapat sambungan Terjemahan yang dipasang pada Wikispesies dan anda dialu-alukan untuk membantu menterjemah halaman bantuan dan garis panduan.

Kesemua halaman dengan ruang nama berikut telah tersedia:

  • Wikispesies: (Wikispecies)
  • Bantuan: (Help)
  • MediaWiki: (MediaWiki)
  • Templat: (Template)

Walaupun ortografi biasa dalam beberapa bahasa - terutamanya Perancis - sila ambil perhatian bahawa atas sebab teknikal MediaWiki, tidak boleh ada ruang kosong antara penetapan ruang nama dan titik bertindih. Oleh itu MediaWiki akan sentiasa menggunakan Help: dan bukan Help :.

Cara untuk membantu

  • Anda boleh membantu dengan menandakan halaman untuk penterjemahan. Tutorial tersedia di sini Penyelia penterjemahan akan mendayakan ciri terjemahan pada halaman itu.
  • Anda juga boleh menterjemah kandungan apabila anda melihat "Terjemahkan laman ini" di atas halaman atau pada Special:Translate dan Special:PageTranslation.
  • Anda juga boleh menambah semua pautan yang merujuk kepada halaman-halaman dengan ruang nama Special:MyLanguage/ di atas. Pautan itu akan melencongkan pengguna ke halaman dengan versi bahasa yang bersesuaian mengikut tetapan keutamaan pengguna.
    Contoh: Gantikan [[Wikispecies:Policy|Policy]] dengan [[Special:MyLanguage/Wikispecies:Policy|Policy]]
    Untuk kes seperti [[Wikispecies:Policy]] tambahkan simbol pembahagi ("|") diikuti dengan pautan asal sekali lagi, seperti ini: [[Special:MyLanguage/Wikispecies:Policy|Wikispecies:Policy]]
  • Rujuk Wikispesies:Penyetempatan untuk membantu menterjemah antara muka bagi istilah individu pada sebahagian besar rencana kami.
  • Halaman Statistik bahasa boleh membantu untuk mencari "kumpulan mesej" yang memerlukan penterjemahan. Masukkan kod bahasa ISO 639 pilihan anda dan klik butang "Tunjuk statistik" dan anda akan dipaparkan dengan peratusan penterjemahan yang telah selesai untuk setiap kumpulan mesej, dengan pautan dirujuk ke halaman penterjemahan masing-masing.
  • Ada soalan? Sila gunakan Papan Kenyataan Penyelia Penterjemahan